Padu! Itulah yang terjadi pada perlawanan akhir Vainglory Malaysia 5v5 Mini Tournament di antara pasukan Kickers Esport menentang Incipient pada Khamis, 8 Februari 2018. Kemenangan berpihak kepada Kickers Esport walaupun ditentang hebat oleh Incipient.

Vainglory 5v5 Mini Tournament dianjurkan bersempena dengan pelancaran beta mod permainan 5 lawan 5 oleh Super Evil Megacorp. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan mod permainan 5 lawan 5 kepada semua pemain Vainglory Malaysia seterusnya menaikkan hype 5v5 Vainglory.

Kickers Esport Juara Pertama Vainglory Malaysia 5v5 Mini Tournament

Selain daripada dua buah pasukan ini, 6 pasukan lagi turut serta dalam pertandingan ini iaitu Eye of Eternity, Lunatix, Blackforest, Frontline Army, Malaysian Scout dan Vain.my Academy. Untuk maklumat perlawanan anda boleh klik sini.

Juara membawa pulang 5000 ICE sumbangan dari VAIN.MY GAMING dan SCUM.