Hari ini nak cerita serba sedikit tentang persediaan kepada old player dan juga kepada new player yang akan main Vainglory. Sebenarnya perkara yang diguna pakai dalam mode Vainglory 3v3, boleh diguna pakai untuk 5v5. Berbeza antara dua mode ini hanyalah jumlah lane dan jungle sahaja (instead of 1 lane sekarang, mode 5v5 akan ada 3 lane. Dan Jungle akan dibahagikan kepada 2 bahagian instead of 1). Map untuk mode 5v5 seperti gambar rajah dibawah.

Sekarang ini, masih tiada meta untuk mode 5v5. Maksudnya apa-apa komposisi hero boleh diguna pakai untuk cari mana yang sesuai untuk mode 5v5.

Antara perkara penting yang semua player perlu bersedia untuk mendaki rank tinggi, sebagai laner:

  • Wajib kuasai last-hitting kerana tiada gold gained jika last-hitting teruk. So sementara tak keluar mode 5v5 boleh la belajar last hitting minion in 3v3.
  • Belajar positioning semasa team fight. Ketahui kedudukan yang sepatutnya berada semasa team fight supaya dapat beri damage semaksimum mungkin kepada musuh.
  • Perlu tahu build yang optimal untuk beberapa situasi berdasarkan gold yang dapat.
  • Letak sendiri scout cam di tempat yang berkemungkinan akan digank

Sementara untuk jungler, lebih digalakkan untuk:

  • Menjadi offlaner lebih kerap. Jika dalam mode 3v3 selalu farm sehingga level 6 kemudian baru membantu di lane untuk gank, dalam 5v5 jungler yang boleh melakukan gank awal, dapat membantu team dilane untuk musnahkan turret.
  • Belajar mencuri camp di hutan musuh untuk pastikan jungler musuh susah untuk leveling.
  • letakkan scout cam di tempat yang berkemungkinan musuh akan lalu.

Ramai kata dalam mode 5v5, captain akan menjadi tanggungjawab berat, sebenarnya tugas captain mudah:

  • Pastikan carry anda dapat perlindungan sepatutnya.
  • Vision masih penting untuk elakkan kena gank.
  • Belajar untuk block cc (crowd control) yang memberi ancaman tertinggi (belajar decision making)

Itu secara kasarnya asas untuk memudahkan persediaan untuk mode 5v5. Sementara menunggu 5v5, boleh mula belajar asas di mode 3v3 kerana boleh diguna pakai nanti.

Bersediakah anda untuk merasai map Sovereign Rise?