Mode Vainglory 5v5 memberikan lebih banyak peluang untuk pemain meyerlahkan beberapa kelebihan untuk memastikan kemenangan di pihak masing-masing. Jadi kami sediakan serba sedikit pengenalan map di mode 5v5.

Map 5v5 menjanjikan kawasan yang lebih luas untuk diterokai oleh pemain berbanding 3v3 dan semestinya lebih banyak kemungkinan untuk teamfight dan gold untuk dapat di jungle. Serba sedikit info tentang kedudukan camp jungle disediakan untuk memudahkan pemain.

Seperti gambarajah, diletakkan warna-warna yang berlainan sebagai petunjuk kedudukan camp di jungle.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana dengan spawn timer untuk setiap camp dan objective?

Spawn timer adalah seperti berikut:

  • Buff Camp 0:55
  • Gold Toad, Healing, Normal 1:05
  • Blackclaw 7:30
  • Ghostwing 15:00

dan respawn timer setiap camp:

  • Buff Camp 160s
  • Small Camp 100s
  • Blackclaw 180s (dikira selepas dibunuh)
  • Ghostwing 240s

Rivershop akan ada pada minit ke 5:00.

Spawn timer dan respawn timer mungkin akan berubah apabila 5v5 di release pada bulan Februari 2018. Data yang diambil dari alpha access. Good luck in Sovereign Rise!