Pada 6 Mei 2017 yang lalu, VAIN.MY telah menganjurkan satu gathering bersama dengan semi-final dan final Vainglory Malaysia League musim ketiga untuk peminat-peminat permainan mudah alih Vainglory. Gathering ini berlangsung di The Launchpad, Cyberjaya (antara sponsor untuk gathering kali ini).

Event ini telah berjalan dengan jayanya dan lebih dari 120++ awesome Malaysian + Singapore Vainglory Player yang hadir memeriahkan lagi event ini. RubberMonkey & J3X eSport turut hadir memberi sokongan untuk event kali ini.

Argentum Luminium Juara Vainglory Malaysia League Musim Ketiga

Argentum Luminium Juara Vainglory Malaysia League Musim Ketiga

Vainglory Malaysia League musim ketiga juga turut berjalan lancar dan kumpulan Argentum Luminium sekaligus merangkul Juara Vainglory Malaysia League Musim Ketiga. Manakala kumpulan Tears Of Steel di tempat kedua dan MYx Mars di tempat ketiga.

Turut termasuk di dalam itinerary gathering kali ini adalah cabutan bertuah. Untuk kali ini, VAIN.MY mendapat tajaan daripada Tune Talk dan juga Super Evil Megacorp menjadikan hadiah cabutan bertuah lebih menarik! Tahniah kepada semua yang bertuah. Untuk semua yang hadir turut mendapat skin ‘Blue Sparkler Skaarf‘ sumbangan Super Evil Megacorp. Tidak lupa juga kepada Nasty Juice menaja hadiah untuk Juara Vainglory Malaysia League Musim Ketiga.

Akhir kata, saya mewakili dari pihak VAIN.MY ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus memberi sokongan dan cadangan untuk event kali ini. You guys are awesome!

Next Event? Like Facebook Page kami untuk dapatkan maklumat terkini mengenai VAIN.MY dan Vainglory Malaysia League Season 3.

 

Vainglory Malaysia League Season 3: The Gathering 2017

Posted by Vainglory Malaysia League on 8hb Mei 2017