Berita baik untuk semua pemain permainan mudah alih Vainglory, kini Tune Talk dengan kerjasama Super Evil Megacorp melancarkan edisi terhad bundle Tune Talk x Vainglory. Setiap pembelian SIM kad atau tambah nilai, anda berpeluang untuk dapatkan in-game benefit iaitu rare/epic keys.

Dengan setiap pembelian bundle RM30 (harga asal: RM48) anda dapat:

  • 2 Rare Keys
  • 1 GB Data
  • 1 SIM Card Tune Talk

Untuk pembelian bundle RM50 (harga asal: RM120) anda dapat:

  • 1 Epic Keys
  • 2 GB Data
  • 1 SIM Card
  • Limited Edition Cap

Tiada had pembelian untuk bundle ini. Untuk nikmati Tune Talk x Vainglory Bundle, anda perlu membuat pembelian melalui Tune Talk Online Store. Promosi tamat pada 6 Mei 2017.

Maklumat Lanjut: Tune Talk Online Store