Saat yang ditunggu telah tiba, pendaftaran untuk Vainglory Malaysia League Musim Ketiga telah pun dibuka. Pendaftaran akan dibuka sehingga 17 Februari 2017 hanya 32 kumpulan sahaja akan dipilih untuk berentap dalam pusingan kelayakan.

Di pusingan kelayakan hanya 8 kumpulan akan mara ke pusingan Liga bersama 8 lagi kumpulan jemputan (kami dedahkan 8 kumpulan ini di Facebook Page kami!). Untuk pusingan Liga 16 kumpulan ini, perlawanan akan disiarkan secara langsung di channel Mobcrush kami. Jangan lupa follow Mobcrush kami.

Untuk pendaftaran ini, beberapa syarat yang perlu anda patuhi, antaranya:

  • Setiap ahli kumpulan mestilah warganegara Malaysia
  • Satu kumpulan mempunyai 5 orang ahli
  • Ketua kumpulan perlu mempunyai Line ID (muatturun di Google Play Store atau App Store)
  • Anda perlu menghantar screenshot Trophy Section yang terkini setiap ahli kumpulan (sila rujuk di bawah untuk contoh, ini adalah untuk pengelakkan penipuan)
  • Logo kumpulan adalah diwajibkan sekiranya anda layak untuk ke pusingan Liga

Jadi apa tunggu lagi, daftarkan kumpulan anda untuk berentap bersama dengan kumpulan-kumpulan Malaysia yang lain. Siapa yang akan memegang takhta Juara Vainglory Malaysia League Musim Ketiga ?. Sama sama kita nantikan.

Vainglory Malaysia League adalah satu liga besar di dalam permainan mudah alih Vainglory di Malaysia. Ianya diuruskan oleh VAIN.MY dan untuk musim ketiga ini ditaja oleh Nasty Juice. Layari www.nastyjuice.com untuk pilihan e-juice yang terbaik dan pastinya tidak mengecewakan anda dengan packaging mereka yang menarik!

Anjuran:

www.vain.my

Ditaja oleh:

www.nastyjuice.com

Untuk pendaftaran, klik butang di bawah

 

Contoh Screenshot Trophy Section