Pada 17 Disember 2016 yang lalu, berlangsungnya Vainglory Malaysia Halcyon Gathering 2016. Kami dari pihak penganjur amat berterima kasih atas sambutan dan sokongan yang amat menakjubkan dari Komuniti Vainglory Malaysia. Bertempat di Base 26, Petaling Jaya, lebih dari 170 tetamu yang hadir menyertai Vainglory Malaysia Halcyon Gathering 2016.

Sekali kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda sewaktu majlis tersebut. Kami ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis tersebut. Tunggu pula untuk Vainglory Malaysia League musim ke-3.

Video Vainglory Malaysia Halcyon Gathering 2016 akan menyusul selepas ini.

Berikut adalah sebahagian gambar sepanjang Vainglory Malaysia Halcyon Gathering 2016.