Untuk sebelum ini, ada mini tournament yang dianjurkan oleh salah seorang pemain Vainglory dari Malaysia yang bertempat di Sri Andalas Klang yang turut dapat sokongan dari Super Evil Megacorp (SEMC). Kini buat julung kalinya untuk Komuniti Vainglory Malaysia, pihak VAIN.MY dengan usahasama dari Mr. Jason dan Mr. Rayting akan menganjurkan satu program Lan Party Vainglory Malaysia.

Bertempat di BASE 26, sebuah tempat yang cukup sesuai untuk sebarang event, juga mendapat sokongan dari SEMC untuk hadiah seperti hero percuma, skin percuma, ICE untuk menangi. Program ini akan belangsung pada 17 Disember 2016, bermula jam 2:00 PM sehingga 7:00 PM.

Flyer

halcyongathering_flyers

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari sub-page Lan Party 2016 atau klik sini. Kedatangan anda untuk memeriahkan lagi program ini amatlah kami hargai.