vainmy_161117_thanksgiving-article-1

Untuk musim cuti akan datang, pihak Super Evil Megacorp (SEMC) telah melancarkan satu acara penghargaan kepada semua pemain-pemain permainan mudah alih Vainglory. Melihat kebelakang, untuk tahun 2016 ini, banyak perubahan yang dibawa SEMC dalam permainan ini. Antaranya, penambahan hero baru, skin baru, pengenalan matawang premium baru – Opals, sistem ganjaran baru, penambahan alat untuk content creator dan banyak lagi.

GLORY BERGANDA

Sehubungan itu, sepanjang minggu ini pihak SEMC telah mengaktifkan GLORY BERGANDA  (bermula Khamis 24 November 2016, jam 8.00 pagi sehingga Isnin 28 November 2016, jam 8.00 pagi waktu tempatan) di mana setiap kali perlawanan anda akan dapat Glory berganda!

JUALAN BLACK FRIDAY

Black Friday sinonim dengan pelbagai diskaun & promosi yang ditawarkan dari kebanyakan syarikat kepada pengguna dan pembeli. SEMC juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan promosi ini. Sempena dengan itu, SEMC telah melancarkan acara di mana para pemain dapat mengawal harga hero dan skins tertentu dengan hanya berkongsi maklumat pengumuman penjualan Black Friday Sale di media sosial.

Diskaun sehingga 75% ditawarkan oleh mereka. Semakin ramai yang berkongsi maklumat tersebut di media sosial, semakin tinggi peluang untuk menaikkan diskaun untuk sesuatu hero atau skins. Menurut laman rasmi Vainglory, setiap 1000 perkongsian akan diberikan diskaun sebanyak 1%.

Hero yang terlibat di dalam promosi JUALAN BLACK FRIDAY, antaranya:

  • Skye
  • Samuel
  • Glaive
  • Lance
  • Lyra

Skins yang terlibat di dalam promosi JUALAN BLACK FRIDAY, antaranya:

  • Sylvan Kestrel Tier I
  • Shiro Kage Taka Tier II
  • Shogun Ringo Tier III
  • Death Metal Krul Tier III
  • SAWBorg SAW Tier II
  • Stormlord Ardan Tier

 

Kongsi status Facebook & Twitter ini untuk dapatkan lebih diskaun!

vainmy_ios_double_glory_notification

 

Sumber Rujukan: Vainglorygame.com