Tips ini dibawakan oleh Zulhelmy. Untuk tips yang lain klik sini.

Asas kepada Roaming/Protector

Peranan Roaming/Protector sebenarnya nadi kepada sesuatu pasukan. Tugas seorang protector ialah untuk memberi ketahanan kepada pasukan supaya tidak terlalu mudah untuk dibunuh oleh musuh.

Hero Protector

Secara asasnya, ini senarai hero yang layak dimainkan sebagai protector.

Cara Permainan Protector

Seperti yang telah diberitahu, tugas protector/roamer memberi pertahanan kepada pasukan, maka build item protector tidak sama seperti hero lane dan jungle. Bermain sebagai protector, anda dilarang sama sekali membeli item damage sebaliknya membeli item armor, shield dan health.

Early Game 0 6 minit

Beli item yang mampu memberi ketahanan kepada protector, (sebagai contoh Oakheart, Light Shield , Armor, Protector Contract) Health Potion dan Flare. Setelah selesai wave jungle minion yang pertama, segera ke shop untuk membeli item yang sepatutnya (flare, mine, item untuk membina Fountain of Renewal). berikan vision kepada pasukan sebanyak yang mungkin dan pada masa yang sama seeloknya selesaikan Fountain of Renewal untuk memberikan kelebihan pada pasukan semasa team fight.

Mid Game 7 12 minit

Pada minit ke 5, pastikan Fountain of Renewal sudah disiapkan kerana pada mid game akan berlaku team fight. Semasa team fight, perhatikan nyawa allies, pastikan mereka mampu selamat dalam team fight untuk memudahkan pasukan mencapai objektif (minion mine, turret) untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan. Jika berhadapan dengan musuh seperti Saw, Krul, segera selesai membina Atlas of Pauldron, untuk memperlahankan DPS (damage per second) musuh. Bina Crucible apabila berhadapan enemy yang mempunyai skil crowd control (cc), kerap prektis timing untuk aktifkan Crucible untuk memastikan ahli pasukan selamat daripada cc.

Late Game 12 minit keatas

Pada masa ini, terdapat kemungkinan enemy membuat comeback, maka pastikan jangan melakukan silly mistakes seperti facecheck bush,kerana kesalahan seperti ini yang akan mengakibatkan musuh mampu membuat comeback. Sentiasa perhatikan di Kraken pada minit ke 15 kerana adakala musuh akan menangkap Kraken dikala pasukan sedang lalai. Kraken sangat membantu untuk push hingga memecahkan Vain. Sentiasa simpan 1 slot inventori untuk flare, untuk sentiasa mengesan dimana kedudukan musuh, dan push sehingga end game dan secure win. Akhir kata, tugas protector tidak susah seperti yang disangkakan tetapi adakala yang menjadi susah kerana sync antara pemain dan pemilihan hero yang salah. Kerap berlatih timing item, kerana sedetik mampu membezakan antara menang dan kalah.

 

Jika anda ingin menghantar tips anda, anda boleh draft di dalam word atau notepad dan hantarkan pada hi[@]vainglorymalaysia.com (tukar [@] ke @)