vainglorymalaysia_iphone_5_vainglory

Pemain tegar permainan aplikasi mudah alih Vainglory yang menggunakan peranti iPhone 5 (tidak termasuk iPhone 5s), iPhone 5C, dan iPad 4 dinasihatkan untuk tidak mengemaskini operating system iOS anda ke iOS 10 kerana dikhuatiri aplikasi ini akan crash. Pihak Apple akan menawarkan kemaskini baru iOS 10 bermula 13 September 2016.

Super Evil Megacorp menyatakan melalui laman web support mereka, peranti jenama Apple yang terlibat hanyalah iPhone 5, iPhone 5C, dan iPad 4. Satu lagi kemaskini pilihan bakal dikeluarkan oleh SEMC untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kemaskini pilihan ini bakal dikeluarkan selepas kemaskini Vainglory versi 1.22 dilancarkan.

Menurut mereka, pengguna peranti iPhone 5, iPhone 5C, dan iPad 4 masih lagi boleh bermain permainan Vainglory selagi mereka tidak mengemaskini peranti mereka ke iOS 10 sehingga kemaskini pembelutan dilancarkan.