1000x500_opals

Satu lagi mata wang premium baru Opals akan hadir pada kemaskini aplikasi Vainglory akan datang. Dengan mengumpulkan Opals, anda dapat untuk membuka Special Edition Skin daripada musim sebelum ini. Akan tetapi, Opals amatlah jarang atau rare untuk didapatkan. Ianya boleh didapati di dalam Daily Chest, Season Chest dan apabila anda naik level untuk Autumn.

Usah risau bagi mereka yang sudah membeli Limited Edition Skin, Skin anda akan ditandakan secara eksklusifOriginal Skin‘  sewaktu skrin loading sebelum perlawanan bermula. Tambahan pula, pemain yang mengunakan ‘Original Skin‘ akan mendapat 133% bonus tambahan untuk Sunlight untuk setiap perlawanan.

Merujuk kepada laman Vainglory Game, tanda eksklusif ‘Original Skin hanya akan digunakan untuk Skin dari musim yang lepas (Autumn 2015 – Spring 2016) dan mereka tidak bercadang untuk Skin yang akan datang.

Tanda eksklusif ‘Original Skin’ dan bonus tambahan untuk Sunlight akan hadir pada kemaskini 1.23.

 

Sumber Rujukan: Vainglory Game

Dikemaskini: Limited Edition Skin Yang Diterbikan Semula Akan Berlainan Warna