vainglorymalaysia_rancangan_baru_opals

Super Evil Megacorp (SEMC) di laman web Vainglory Game telah menyatakan tanda maaf kepada semua pembeli Limited Edition Skin sebelum ini di atas pembelian Limited Edition Skin menggunakan Opals. Kebanyakan pemain tidak bersetuju terhadap perkara ini dan merasakan tanda eskslusif ‘Original Skin‘ sahaja tidak mencukupi.

Pihak SEMC menyatakan di dalam artikel tersebut menyatakan tujuan mereka membuka semula Limited Edition Skin adalah kerana untuk memberi peluang untuk pemain-pemain yang baru mencuba Limited Edition Skin tersebut.

Sehubungan itu, pihak SEMC telah membuat satu rancangan di mana mereka akan meneruskan pengenalan mata wang premium baru – Opals dan mengekalkan ciri-ciri unik terhadap Limited Edition Skin yang dibeli pemain sewaktu ianya mula dikeluarkan.

Antara ciri-ciri tersebut termasuklah setiap Limited Edition Skin yang diterbitkan semula, ianya akan diwarnakan dengan warna skin yang lain. Sebagai contoh, pemain akan melihat Limited Edition Red Latern Koshka Skin yang diterbitkan semula akan berwana kuning dan ianya dianggap sebagai Skin baru berlainan dengan mereka yang membeli Skin tersebut sewaktu mula ianya diterbitkan iaitu berwarna merah.

SEMC juga menyatakan bahawa pemain tidak akan dapat membeli Limited Edition Skin yang asal dengan apa jua cara sekalipun jika ianya tidak dibeli sewaktu ianya mula diterbitkan. Tambahan pula bagi mereka yang telah membeli Limited Edition Skin sewaktu mula dikeluarkan, mereka akan dapat Limited Edition Skin yang diterbitkan semula secara automatik.

Berdasarkan artikel tersebut juga, untuk mendapatkan sebagai contoh Red Latern Koshka yang diterbitkan semula menggunakan Opals akan mengambil masa dua musim penuh perlawanan. Manakala untuk Night Shadow Taka akan mengambil masa lima musim penuh perlawanan. Ianya dapat dipendekkan melalui penggunaan ICE dengan membeli kunci untuk membuka Season Chest, akan tetapi ianya akan memerlukan wang ringgit dan mungkin lebih mahal.

Bagi kami, ada pro dan cons terhadap perkara ini. Pertama sekali ini menunjukkan bahawa pihak SEMC mendengar setiap keluhan pemain-pemain. Rancangan yang dikeluarkan oleh SEMC ini nampak lebih adil kepada pemain-pemain yang telah lama bermain Vainglory dan juga kepada pemain-pemain yang telah membeli Limited Edition Skin sewaktu ianya mula diterbitkan.

 

Sumber Rujukan: Vainglory Game