vainglorymalaysia_96_jam_boost-featured

Sejak kemaskini 1.22, pemain-pemain Vainglory di Asia Tenggara menghadapi masalah mengases ke server Vainglory. Melalui laman web Vainglorygame, masalah ini disebabkan peningkatan mendadak pemain-pemain yang berasas di Asia Tenggara.

Ini menyebabkan server tidak dapat menampung penambahan pemain-pemain yang baru. Dalam usaha untuk menangani isu tersebut, mereka telah menaik taraf insfrastruktur server mereka untuk menampung kapisiti yang baru. Akan tetapi, ianya tidak berjaya bahkan lebih teruk.

Untuk beberapa hari yang lalu, kerap pihak Super Evil Megacorp melakukan penyelenggaraan untuk server Asia Tenggara dan beberapa pemain merungut di laman sosial media kerana hampir dua hari penuh mereka tidak dapat untuk akses ke pelayan server Asia Tenggara.

Sejak semalam, kami merasakan server telah kembali stabil dan berita baik untuk semua pemain Vainglory Asia Tenggara pihak SEMC akan memberikan 96 jam (4 hari) boost ‘Double Glory’ dan ‘Double Sunlight’ percuma kepada pemain-pemain di Asia Tenggara dan akan bermula pada hari Jumaat (23 September 2016) jam 7 petang sebagai hadiah untuk menebus kembali masa penyelenggaran yang lalu.

Untuk mengaktifkan boost percuma ini, anda hanya perlu membuka semula aplikasi Vainglory pada hari dan masa boost tersebut diberikan. Setelah ianya diaktifkan, ianya akan berterusan selama empat hari dalam masa sebenar dan bukannya masa anda bermain Vainglory. Sebagai contoh, jika anda sudah aktifkan boost ini pada hari Jumaat (7 petang), boost ini akan berakhir pada Selasa (7 petang).

Menurut artikel tersebut juga, mereka akan cuba mengenali masalah utama bagi isu ini dan akan membuat penambahbaikan pada kemaskini 1.23 nanti.

 

Sumber Rujukan: Vainglory Game